Selain ibu tunggal dan mereka yang dibuang kerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), satu lagi kumpulan dalam kalangan wanita yang perlu diberi perhatian adalah 'keluarga generasi sandwich'.
Ini kerana, wanita yang berada di dalam kelompok ini adalah mereka yang perlu mengimbangi kerjaya pada masa sama menguruskan ibu bapa serta anak-anak di rumah.